Showing posts with label Dalam diriku. Show all posts
Showing posts with label Dalam diriku. Show all posts

Monday, March 10, 2008

Harakiri?

Oh, kita tidaklah sampai ke tahap itu kot? itu cuma amalan orang-orang Jepun yang merasakan diri mereka sudah tidak berguna lagi dan mati adalah jalan sebaik-baiknya. Aku percaya, sebagai Pak Imam Hadhari, tentu Pak Lah takkan ambil jalan sesat seperti itu. Kalau ada pun yang relevan, mungkin letak jawatan atau undur diri secara lelaki budiman adalah jalan terbaik sebagaimana contoh yang diperlihatkan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Aku betul-betul respek kat dia (Tan Sri Dr Koh Tsu Koon). Dia masih mampu berjabat tangan dengan Lim Guan Eng, tersenyum mesra ke arah jurugambar dan masih mampu menjawap soalan-soalan dari para pemberita dengan ramah. Malah beliau sendiri yang mengumumkan untuk menyerahkan kuasa kepada ketua menteri Pulau Pinang yang baru itu secara rasmi pada hari selasa ini.

Dan pemimpin-pemimpin melayu UMNO kita? Di saat rakyat sudah tak tertanggung 'rindu' menatap wajah terakhir mereka di media arus perdana ini, mereka terus menyepikan diri. Kelibat mereka hilang resap entah di mana. Berkirim salam melalui telefon bimbit pun sudah tidak sudi lagi. Tiba-tiba diorang rasa 'lelah' sangat bekerja, dan ingin bercuti atau melancong ke luar negera saja.

Apa pun, aku sebak jugaklah saat melihat wajah Pak Lah yang sugul semasa menghadiri sesi temuramah dengan pemberita di PWTC pada lewat dinihari malam 8.3.8 yang penuh keramat itu. Aku ni, walaupun laNunn, tapi masih lanun yang berperasaan lagilah kiranya kahkahkahkah! Wajahnya aku lihat tak ubah seperti wajah seorang tua yang innocent, sedang terkapar-kapar tak berdaya, menerima musibah akibat diperkotak-katikkan oleh anak-menantu sendiri. Wajah 'Kak Jeanne' juga turut sugul di sebelahnya (yelah, mungkin ilham tarikh pilihanraya itu juga adalah buah fikiran beliau...agaknyelah...! tu halibulan manyiak ong wooo..)

Alahai...

Wednesday, December 5, 2007

Kalau aku Otroman...

Dulu...
Aku - Aku rasa, jual burger malam2 pun boleh menambahkan pendapatan, camne ko rase?

Dia - Memanglah, harapkan gaji tiap2 bulan pun manalah cukup...

Aku - Apa kata kite mulakan kecil-kecilan dulu, aku boleh cari tapak!

Dia - Eh, boleh! boleh sangat tu...err tapi ko pandai masak burger?? ko kena gi kursus dulu...

Aku - Ermphh..


Dulu lagi...
Aku - Din, aritu aku nampak ada gerai nak disewakan...

Dia - Kat mana?

Aku - Dekat2 umah kite je...kata owner dia, dia tengah cari penyewa gerai yg boleh masak char kuey teow... kalau berminat, dia boleh ajarkan serba sikit cara2 nak memasaknya, isy aku rasa cam boleh buat jer...

Dia - Boleh tu mmg boleh bro, tapi ko kena pikir...nak buat char kuey teow tu kena ada asas! kurang-kurang ko kena kursus 3 bulan kat penang oi..

Aku - #$%&$#@?!$$#


Baru-baru ni..
Aku ajak Din gi dengar penerangan tentang bidang penternakan kambing boer kat Ijok. Aku bersemangat, nak2 bila mengenangkan tanah kat kampung yang dah lama terbiar tu.

Aku - Aku rasa, aku nak buatlah...ko camne? nak join tak?

Dia - Boleh, tapi modallah!

Aku - Kalau ko nak jadi team, kite kumpul la sikit-sikit...

Dia - Ko pandai ke buat kandang dia?

Aku - Alah...susah2 kita upahlah..

Dia - Ko kena measure lantai dia betul2 bro...

Aku - hah??!

Dia - Tak boleh pakai buat jer...

Aku - Alah, apa ada hal? agak2 lepas jer taik2 kambing tu ke bawah udahler...

Dia - Eh, tak boleh...kalau besar sangat, nanti kaki kambing tu terjerlus ke bawah, bahaye...

Aku - Adehhh...


Tula kata orang, kalau nak seribu daya... Tapi apakan daya, Si Din ni memang kawan aku sejak sekolah lagi huhu...walaupun banyak songeh, tapi dia still okeyla...kot!

Masa tu aku pandang si Din ni tak ubah cam raksasa yang bukan saja kurang hensem, tetapi juga kurang upaya...harapkan tanduk aje bercabang-cabang, ekor besar mcm kapal melibas-libas... tapi ampeh! Hmm...kalaulah aku otroman masa tu...dah lama Din kena fire ngan aku, hiyaahh!!!..

Friday, September 21, 2007

Papa jahat!

Kadang-kadang, bukan semua yang bernama 'papa' tu baik. Bukan setakat papa aje yang jahat, kadang-kadang mama pun ade gak yang jahat. Abang, kakak, adik pun jahat gak. Datuk dan nenek pun tak terkecuali. Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!

Yelah, kalau yang meragut dan menyamun tu dah ada anak bini, papa jahatlah namanya tu. Kalau mak-mak dah sanggup hempas anak kat dinding, mama jahatlah namanya tu. Abang-abangnya pula, selain merempit gemar juga mengintai bilik tidur artis. Kakak-kakak pun baru ni dah pandai tunjuk belang, bogelkan kawan sekolah, lepastu sebarkan rakaman kat telefon bimbit. Isy, atok-atok toksah citerla. Atok-atok yang kat dalam kabinet pun buat hal, ni kan pulak atok-atok yg di luar kabinet... Pendek kata, ramai sangat orang jahat dalam dunia ni. Bukan semua orang jahat nampak seperti dalam cerita kat tv tu. Ramai jugak orang jahat yang bertopengkan spt orang baik-baik dalam dunia ni.

Masalahnya, macam mana nak kenal? eh, memang susah nak kenal punya. Tau-tau, esok boleh tengok dalam sok kabo, mayat kanak2 yang dijumpai di dalam beg, mayat bayi yang dihanyutkan ke sungai, janin yang dibuang dalam tong sampah. Tak cukup mendera/membunuh sesama manusia, binatang yang tak berdosa pun kadang2 turut menjadi mangsa. Aku teringat kisah dua ekor kucing yang 'dijatuhkan' hukuman gantung oleh sebilangan mat-mat rempit dulu.

Hmm...kalaulah Aduka dan Taruna masih ada, mungkin masalah orang-orang jahat dalam Kampung Semerah Padi ni dapat diselesaikan.... wallaualam.

Takbir! Allahuakbar!

Thursday, August 30, 2007

Detik dua belas

Detik dua belas
Mentari ke tiga ratus enam puluh lima
Keramat 31 Ogos kembali
Kibarkan jalur
Laungkan gemilang
Tanah airku nan terbilang!
Detik dua belas
Malam ke tiga ratus enam puluh lima
Bukti kemerdekaan
Aku laungkan
Bukti kebebasan
Aku pertahankan
Melayuku nan tidak hilang!
Detik dua belas
Jeritan merdekaku bergema
Aku laungkan,
Cukuplah di sukma...
Melayuku,
Demi detik ke dua belas itu..
Kembalilah ke umbi
Usah merdekakan maruah yahudi
Usah kibarkan melayu alpa
Usah dibiarkan nafsu berlela
Saudaraku,
Demi detik ke dua belas itu...
Pulanglah ke pangkal
Usah pamerkan iman sejengkal
Usah terjajah minda dek nafsu
Usah dijual syumul Islammu!
Detik dua belas…
Purnama ke tiga ratus enam puluh lima
Banyaknya maruah tergadai..
Iman tinggallah tersadai..

Sunday, June 24, 2007

Untuk Abah..

Abah,
Mendengar utusmu
Kalbuku riuh berantakan
Namun seorang aku
Masih mengukir senyum
Itu pesan ibu
Itu juga pesanmu dulu
Abah,
Kau tak perlu mendengar
Bait patahku yang onar
Kerana seorang aku
Masih di landasanNya
Itu pesan pendeta
Itu juga pesanmu abah.
Namun itu dulu…
Itu hanya suatu ketika dulu…
Abah,
Kini lagu kita tak seirama
Seringnya kini
Kita dipukul rentak yang berbeza..
Bisakah kau melihat abah?
Rentak kakiku yang songsang,
Bisakah kau mendengar abah?
Lagu hatiku yang sumbang?
Bisakah kau mengerti abah?
Kata jiwaku yang melarang?
Bisakah abah??..
Abah,
Usahlah khuatir
Tarian kita tetap senada
Meskipun rentak kita berlaga
Udara kita tetap sehawa
Meskipun bicara kita tak sehala
Ampunkan ku abah
Kerana hari besarmu
Selepas ibu
Tanpa seri di wajahku
Adil bukan?
Kerana hari besarmu
Bersama ibuku dulu
Juga tanpa kehadiranku
Apatah lagi seri di wajahku!…