Friday, July 20, 2007

Lelaki harus romantik

SIKAP romantis lelaki terhadap wanita adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah penyubur kasih sayang. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan usia sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis. Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan:

-Memberi ciuman mesra kepada pasangan. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk meneruskan kehidupan seharian.

-Mendakap pasangan ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu pasangan hendak berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.

-Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada pasangan.

-Memanggil pasangan dengan panggilan atau gelaran yang disukai

-Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.

-Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan pasangan jauh di belakang.

Petua mengekalkan sifat romantis:

Hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, pasangan anda akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

Hendaklah menjaga penampilan dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

Di celah kesibukan dengan kerjaya, hendaklah seseorang itu bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan.

Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.

Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.


AMARAN:
PESANAN INI HANYA UNTUK PASANGAN YANG SUDAH SAH BERNIKAH SAJA. YANG BELUM BERNIKAH, JANGAN SESEKALI MENCUBANYA DI RUMAH. SEKIAN, TERIMA KASIH.

*sebagaimana yg dibaca dlm sebuah majalah.

9 comments:

Anonymous said...

Sis sokong 101%

Anonymous said...

brader, rasanya jam kat blog ni kena betulkan...

blackpurple @ jowopinter said...

Insya-Allah. Nanti nak amalkan juga panduan ini. 'Nanti' itu yang entah bila...:)

Nunn said...

Sis Iza
sokong jangan tak sokong hehe

Anonym
Okeh! wa dah reset bro, macehh.

Blackpurple
Haha.. nanti bila dah nikah ler bro :D

13may
:D

Butaseni@Wan Raja said...

ala brader,baru je tgh syok baca,lu dah bagi warning untuk org yg dah bernikah sahaja.aku yg bujang ni macam mana?hahahahahah
good one bro.

Mak Su said...

terima kasih dgn peringatan ini... nanti kat rumah boleh praktikkan. eh! salam perkenalan ya.

- G O R O - said...

Allo bro.. mesti lu romantik nie... aper pun bagus sebab kongsi nie..leh praktis..tapi xtau la biler lagi...

Nunn said...

Butaseni
bila lagi nak menamatkan zaman bujang ni bro :D

Maksu
Yg baik2 tu elok kita sesama praktiskan tak gitu...
salam kenal jugak :)

Goro
Ha ha ha.. wa baru nak belajo2 nih... lu jgn tunggu lama2 bro :P

Anonymous said...

zaman skrg ni mne org pdulik da kwin ke blm...tu realiti nye ar...lg 1 pompuan skrg ni mne de yg dara..yg dara pn pyh cari