Wednesday, September 26, 2007

Daddy, sex tu ape?


Jongos tul daddy dia nih huhu.....

***
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

‘Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?’

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yangbertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.

Si ayah pun kehairanan.


‘Eh kenapa ni?’


Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.


‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek aja. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang


pada muka depan buku latihan itu tertulis:-



NAME : ............ ......... .......... ....


SCHOOL : ............ ......... ......... ...


CLASS : ............ . ......... ......... ....


SEX :........... ......... ......... .....

10 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

ooohhh hahahahaha aku pun teringat benda tu lah tadi hahahahah
ceh!

Mak Su said...

apa ler ayah dia

zino said...

tak ada soalan lain ke nak tanya bulan pose ni hehe

Iza'Izz said...

iisshh3x.. dady2x.....
Panjang betul jwp dady tue...
Buleh buat karangan tue.. hehehe
peaceee....

Unknown said...

wakakaka...

cikdinz said...

bengap betulll....hehehee..

faridmw said...

salam...
salam berpuasa.. dan slam ziarah blog..
kesian daddy tu kena terang.. padahalanaknya mahukan jawapan yang lain.....

- G O R O - said...

Brader

Secara logiknya, mmg begitu kan?
kita merima sesuatu selalunya tanpa usul periksa.

artisticklytouch said...

ha ha wak lu daddy oi!

Anonymous said...

Deyyy org nak raya n kau citer pasal ni plaks hehehee
Selamat hari raya brooo ...