Friday, September 21, 2007

Papa jahat!

Kadang-kadang, bukan semua yang bernama 'papa' tu baik. Bukan setakat papa aje yang jahat, kadang-kadang mama pun ade gak yang jahat. Abang, kakak, adik pun jahat gak. Datuk dan nenek pun tak terkecuali. Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!

Yelah, kalau yang meragut dan menyamun tu dah ada anak bini, papa jahatlah namanya tu. Kalau mak-mak dah sanggup hempas anak kat dinding, mama jahatlah namanya tu. Abang-abangnya pula, selain merempit gemar juga mengintai bilik tidur artis. Kakak-kakak pun baru ni dah pandai tunjuk belang, bogelkan kawan sekolah, lepastu sebarkan rakaman kat telefon bimbit. Isy, atok-atok toksah citerla. Atok-atok yang kat dalam kabinet pun buat hal, ni kan pulak atok-atok yg di luar kabinet... Pendek kata, ramai sangat orang jahat dalam dunia ni. Bukan semua orang jahat nampak seperti dalam cerita kat tv tu. Ramai jugak orang jahat yang bertopengkan spt orang baik-baik dalam dunia ni.

Masalahnya, macam mana nak kenal? eh, memang susah nak kenal punya. Tau-tau, esok boleh tengok dalam sok kabo, mayat kanak2 yang dijumpai di dalam beg, mayat bayi yang dihanyutkan ke sungai, janin yang dibuang dalam tong sampah. Tak cukup mendera/membunuh sesama manusia, binatang yang tak berdosa pun kadang2 turut menjadi mangsa. Aku teringat kisah dua ekor kucing yang 'dijatuhkan' hukuman gantung oleh sebilangan mat-mat rempit dulu.

Hmm...kalaulah Aduka dan Taruna masih ada, mungkin masalah orang-orang jahat dalam Kampung Semerah Padi ni dapat diselesaikan.... wallaualam.

Takbir! Allahuakbar!

10 comments:

Iza'Izz said...

"Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!"

Suke lah word nie, mcm kena jer.... :D.

Kdg2 rumah sendiri pun bkn tempat yg selamat... habis mcm mana??

Anonymous said...

"Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe..."

yg ni mmg setuju! hehehe..

salam kenal. thnks sudi jengah ke blog sy. :)

- G O R O - said...

"Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!"

Tapi aku tahu hang baik. Aku mmg xbaik.

Teruskan en3 sebegini. Simbolik yang aku suka

Unknown said...

Kerana tidak pasti baiklah kena sentiasa berwaspada. Kesilapan kita terlalu percaya kepada semua orang tanpa sedikit rasa curiga :(

NBK466 said...

Selalunya org yg tak mengaku baik itu yg baik sebenarnya.... wallahualam..

cikdinz said...

yg pasti nya semua kena jadi baik sbb tuhan nampak kalau kita buat jahat...heheheee...

Butaseni@Wan Raja said...

aku baik orang nya hehehehe
dari mana dapat phrase 'papa jahat tu?dari lagu ke dati video hihihi

13may said...

hehhe....kalau nak kenal ngan geng geng jahat nih....
kita kena sama join jadi jahat...

hahha hahha hahha...

btw, nice entry indeed :)

blackpurple @ jowopinter said...

Aku papa rock! ha ha!

Nunn said...

Iza'izz
yelah, di mana2 pun belum tentu selamat.

kamaruladli
hehe! salam kenal bro, skang keje kat mana..

goro da don
insyaallah, lu, wa dan sumer bloger kat sini baik2 kot..

zalisa maz
yup! never talk to stranger sis!

nbk466
insyallah, kite sumer orang baik2 bro..

cikdinz
betul, setiap apa yg dikerjakan, pasti akan mendapat balasan!

butaseni
Ha ha ha ha Ha ha ha ha Ha ha ha ha!

13may
buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali bro, buatler 2-3 kali...jer!

blackpurple
yeah! rock steady!