Tuesday, July 28, 2009

1234

Harini dalam sejarah. Aku ni sebenarnya bukanlah blogger yang bagus. Aku memang sangat-sangat-sangat pemalas nak update blog. Tapi harini, walaupun tahap kerajinan aku masih di paras TIDAK-BOLEH-DIBANGGAKAN-LAGI, tapi aku tetap nak tulis sesuatu jugak di sini.

1234 tu angka yang aku kena bayar kat bank tetiap bulan. 84 bulan semuanya, sekarang barulah kereta Jepang yang bernaung kat garaj tepi rumah aku ni sah milik aku. Alhamdulillah! kereta aku dah habis bayo, yiaahuuu!! terasa seimbang balik bahu aku yang sebelah ni haha! kalau tak, memanjang rebeh aje sebelah.

Tadi siang, dalam pukul 3.00 petang dengan senyuman lebar aku mengunjungi Bank Islam Jalan Sultan Ismail untuk buat full settlement. Peh! lepas ni bolehlah bernafas sikit. Tapi bila aku cakap macam tu, Cik Puan aku perli, dia kata.. "bukan lepas ni nak buat hutang baru ke...?" hehehe! Cik Puan aku ni macam tetau jek...hmm.

Cik Puan ade gak interbiu aku masa baru lepas keluar bank tadi, dia tanya "sepanjang 84 bulan tu, ade tak inchik hadapi apa-apa kesukaran?". Sebagai suami yang budiman, tentulah aku jawap dengan sejujurnya... "Mustilah ada pancarobanya, Cik Puan. Ada masa-masanya, bajet I lari jugak, sib baik ada Cik Puan di sisi tolong mana yang patut heheh!"

Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Perghhh

video

Bolasepak punya hal ini macam kalu .....nak main bola pun pikir banyak kali ni....