Friday, March 28, 2008

Insaflah bro...

Harini aku terkejut baca satu berita di akhbar! kalau nak diikutkan, memang banyak berita-berita yang mengejutkan pun akhir-akhir ni ye tak? tapi yang ini aku memang tak sangka. Sungguhlah, bahawa kita ini berada di akhir zaman. Kita tak segan-silu lagi melakukan maksiat. Kita seolah-olah menghalalkan maksiat itu secara terang-terangan.

Sudahlah tu, dia mengaku pula yang aksinya itu sekadar dilakukan untuk suka-suka saja? Isy, dah takde benda lain ke yang boleh dilakukan untuk suka-suka?? Artis selalu dikaitkan dengan 'role model'... ini ke role model terbaik kita?



Berita penuh boleh dibaca di
sini.

Saturday, March 22, 2008

Telurnya mana??

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba.

Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya.

"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai..."

Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"

Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya!"

Wednesday, March 12, 2008

Mana orang kita...

Manakah teman-temanku?
Yang sama berjuang dahulu?
hilang sudah...
hilang sudah...

Kebendaan menggelapkan
lupa dengan perjuangan
lupa sudah...
lupa sudah...

manakah semangat dulu
atau hanya helahmu?
hanya palsu..
hanya palsu!

siapa??
siapa orang kita??
mana??
mana orang kita??

helah helah
helah helah
helah helah
helahhhh
helahhhh!!

helah helah
nafasku hela
helah helah
helah helah...

kita harus bertemu
buat rencana baru
kita satu
kita satu...

siapa?
siapa orang kita??
mana?
mana orang kita??

helah helah
helah helah!!
helah helah
helahhhh
helahhhh

p/s - lagu buat 'orang-orang yang hilang' selepas PRU12.

Monday, March 10, 2008

Harakiri?

Oh, kita tidaklah sampai ke tahap itu kot? itu cuma amalan orang-orang Jepun yang merasakan diri mereka sudah tidak berguna lagi dan mati adalah jalan sebaik-baiknya. Aku percaya, sebagai Pak Imam Hadhari, tentu Pak Lah takkan ambil jalan sesat seperti itu. Kalau ada pun yang relevan, mungkin letak jawatan atau undur diri secara lelaki budiman adalah jalan terbaik sebagaimana contoh yang diperlihatkan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Aku betul-betul respek kat dia (Tan Sri Dr Koh Tsu Koon). Dia masih mampu berjabat tangan dengan Lim Guan Eng, tersenyum mesra ke arah jurugambar dan masih mampu menjawap soalan-soalan dari para pemberita dengan ramah. Malah beliau sendiri yang mengumumkan untuk menyerahkan kuasa kepada ketua menteri Pulau Pinang yang baru itu secara rasmi pada hari selasa ini.

Dan pemimpin-pemimpin melayu UMNO kita? Di saat rakyat sudah tak tertanggung 'rindu' menatap wajah terakhir mereka di media arus perdana ini, mereka terus menyepikan diri. Kelibat mereka hilang resap entah di mana. Berkirim salam melalui telefon bimbit pun sudah tidak sudi lagi. Tiba-tiba diorang rasa 'lelah' sangat bekerja, dan ingin bercuti atau melancong ke luar negera saja.

Apa pun, aku sebak jugaklah saat melihat wajah Pak Lah yang sugul semasa menghadiri sesi temuramah dengan pemberita di PWTC pada lewat dinihari malam 8.3.8 yang penuh keramat itu. Aku ni, walaupun laNunn, tapi masih lanun yang berperasaan lagilah kiranya kahkahkahkah! Wajahnya aku lihat tak ubah seperti wajah seorang tua yang innocent, sedang terkapar-kapar tak berdaya, menerima musibah akibat diperkotak-katikkan oleh anak-menantu sendiri. Wajah 'Kak Jeanne' juga turut sugul di sebelahnya (yelah, mungkin ilham tarikh pilihanraya itu juga adalah buah fikiran beliau...agaknyelah...! tu halibulan manyiak ong wooo..)

Alahai...

Sunday, March 2, 2008

Periksa I/C di SPR

Pilihanraya dah dekat! jom semak nama dan tempat mengundi kita. Semak I/C dan tempat mengundi anda di sini. Kemudian, semak juga nombor2 I/C yang berstatus 'MUSYKIL' di bawah ini di sana (aku musykil ttg tarikh lahir pengundi2 ini...)

801018775059 / 800311086231 / 811028045577 / 830416610017
841207065917 / 851222740019 / 850513106435 / 851117106729
850802106378 / 850916086838 / 860320145365 / 861101105077
860208145701 / 860320145357 / 861217145011 / 860126145839
871205740015 / 870914105781 / 870418105790 / 871016146308
881231100432 / 881103750027 / 880505066047 / 880906087033
881030136332 / 891102740096 / 891129740088 / 890520610089
890112146416 / 890920076065 / 890403615016 / 910609755079
920622710069 / 920612740045


Wallahualam...