Wednesday, September 26, 2007

Daddy, sex tu ape?


Jongos tul daddy dia nih huhu.....

***
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

‘Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?’

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yangbertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.

Si ayah pun kehairanan.


‘Eh kenapa ni?’


Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.


‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek aja. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang


pada muka depan buku latihan itu tertulis:-



NAME : ............ ......... .......... ....


SCHOOL : ............ ......... ......... ...


CLASS : ............ . ......... ......... ....


SEX :........... ......... ......... .....

Friday, September 21, 2007

Papa jahat!

Kadang-kadang, bukan semua yang bernama 'papa' tu baik. Bukan setakat papa aje yang jahat, kadang-kadang mama pun ade gak yang jahat. Abang, kakak, adik pun jahat gak. Datuk dan nenek pun tak terkecuali. Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!

Yelah, kalau yang meragut dan menyamun tu dah ada anak bini, papa jahatlah namanya tu. Kalau mak-mak dah sanggup hempas anak kat dinding, mama jahatlah namanya tu. Abang-abangnya pula, selain merempit gemar juga mengintai bilik tidur artis. Kakak-kakak pun baru ni dah pandai tunjuk belang, bogelkan kawan sekolah, lepastu sebarkan rakaman kat telefon bimbit. Isy, atok-atok toksah citerla. Atok-atok yang kat dalam kabinet pun buat hal, ni kan pulak atok-atok yg di luar kabinet... Pendek kata, ramai sangat orang jahat dalam dunia ni. Bukan semua orang jahat nampak seperti dalam cerita kat tv tu. Ramai jugak orang jahat yang bertopengkan spt orang baik-baik dalam dunia ni.

Masalahnya, macam mana nak kenal? eh, memang susah nak kenal punya. Tau-tau, esok boleh tengok dalam sok kabo, mayat kanak2 yang dijumpai di dalam beg, mayat bayi yang dihanyutkan ke sungai, janin yang dibuang dalam tong sampah. Tak cukup mendera/membunuh sesama manusia, binatang yang tak berdosa pun kadang2 turut menjadi mangsa. Aku teringat kisah dua ekor kucing yang 'dijatuhkan' hukuman gantung oleh sebilangan mat-mat rempit dulu.

Hmm...kalaulah Aduka dan Taruna masih ada, mungkin masalah orang-orang jahat dalam Kampung Semerah Padi ni dapat diselesaikan.... wallaualam.

Takbir! Allahuakbar!

Sunday, September 9, 2007

Malaikat kanan dan kiri

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya; "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.

Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?" Tanya malaikat kiri.

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Kata malaikat kanan.

"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Malaikat yang di kiri bertanya lagi.

"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi." Jawab malaikat kanan.

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam??.."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

P/S - SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA. KESIAN KAWAN AKU TU, BARU-BARU NI DIA DISERANG GASTRIK PULAK...

Thursday, September 6, 2007

Susu tak ikhlas

Isu Program Susu Sekolah sehingga telah 'menyakitkan' beratus-ratus kanak-kanak sekolah di seluruh negara.

Bagi akula, kalau tak bersungguh, baik toksah laksanakan. Elok-elok budak-budak tu sihat dan ceria pergi sekolah, langsung jadi layu tak bermaya, gara-gara sekotak susu yang disedekahkan, tapi ibarat tak ikhlas jer...

Mungkin juga ada faktor penyelewengan/rasuah di mana-mana. Tapi sebaik-baiknya, toksahlah dah terhantuk baru nak terngadah. Budak tu dah terkulai layu, barulah nak periksa suhu bilik penempatan susu kotak tu, barulah nak periksa tarikh luput kat kotak susu tu...

Kesian kanak-kanak yang tak berdosa tu. Silap-silap diorang ni boleh trauma, tak pun fobia tengok susu sampai bila-bila.

Isy... tak rasa bersalah ke, kerana dah menganiaya kanak-kanak ni?