Tuesday, September 1, 2009

Bersyukur kerana minyak naik

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.

Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.

Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."

Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."

Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh.

Monday, August 10, 2009

Melandokk

Hari ni aku teringin nak makan landak kat sg besar area felda sueharto.Ni lah first time aku pergi. Punya lah jauh gerak dari rumah lebih kurang pukul 1 sampai lebih kurang pukul 3. Dalam perjalanan wife aku kata betul ke jalan ni aku cakap ye la tu sambil tunjuk arah gps aku.




Akhirnya sampai gak aku kat kedai nak dituju. Menu aku ngan wife aku pilih daging rusa masak kicap..........



Ulam dengan sambal tempoyak



Landak masak rendang...perghhhh





Udang galah masak sambal.......




Masa makan tak hingat sebab lapo almaklumle jalan naik keta lebih kurang 2 jam




Dah selesai makan ...tercapai jugak hajat aku nak belanja family aku makan kat tempat ni (nak cover padahal aku yg lebih lebih ngajak nye)




Masa balik aku tanya wife aku ok tak...pastu dia senyum je .....alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan aku hari ini...Aminnn

Tuesday, July 28, 2009

1234

Harini dalam sejarah. Aku ni sebenarnya bukanlah blogger yang bagus. Aku memang sangat-sangat-sangat pemalas nak update blog. Tapi harini, walaupun tahap kerajinan aku masih di paras TIDAK-BOLEH-DIBANGGAKAN-LAGI, tapi aku tetap nak tulis sesuatu jugak di sini.

1234 tu angka yang aku kena bayar kat bank tetiap bulan. 84 bulan semuanya, sekarang barulah kereta Jepang yang bernaung kat garaj tepi rumah aku ni sah milik aku. Alhamdulillah! kereta aku dah habis bayo, yiaahuuu!! terasa seimbang balik bahu aku yang sebelah ni haha! kalau tak, memanjang rebeh aje sebelah.

Tadi siang, dalam pukul 3.00 petang dengan senyuman lebar aku mengunjungi Bank Islam Jalan Sultan Ismail untuk buat full settlement. Peh! lepas ni bolehlah bernafas sikit. Tapi bila aku cakap macam tu, Cik Puan aku perli, dia kata.. "bukan lepas ni nak buat hutang baru ke...?" hehehe! Cik Puan aku ni macam tetau jek...hmm.

Cik Puan ade gak interbiu aku masa baru lepas keluar bank tadi, dia tanya "sepanjang 84 bulan tu, ade tak inchik hadapi apa-apa kesukaran?". Sebagai suami yang budiman, tentulah aku jawap dengan sejujurnya... "Mustilah ada pancarobanya, Cik Puan. Ada masa-masanya, bajet I lari jugak, sib baik ada Cik Puan di sisi tolong mana yang patut heheh!"

Wednesday, July 22, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Perghhh


Bolasepak punya hal ini macam kalu .....nak main bola pun pikir banyak kali ni....

Saturday, June 6, 2009

karaoke best




Agak agak kalau sesiapa nak berkaraoke tu boleh la try lagu ni pulak......Layanzzzz

Monday, April 27, 2009

Macam ustaz la pulokk...


Dah lama tak hapdet blog ni.Harini aku rasa bertuah sangat sebab aku dapat berjumpa dengan orang yang selama ini aku dengar suara dia dalam cd jek. Walaupun sebelum ni dia ada datang utk buat ceramah dikawasan dun aku tapi harini bertuah sgt sebab aku dapat duduk depan dia dan dengar ceramah dia. Walaupun ramai penceramah yang ada tapi aku suka dengan cara dia menyampaikan dakwah dia. Itulah Ustaz Ismail Kamus, salah sorang ikon idola aku. Dia pernah cakap, soal agama ni kita kenalah ikut serba-serbi aspek. Tak boleh ambik setengah2. Kalau nak hidup berlandaskan Islam ikut secara keseluruhan....(eh mentang mentang baru balik dengar ceramah macam ustaz lah pulok)...

Aku respek la kat ustaz ni sebab dia lah aku tertarik nak dengar majlis ilmu. Dedolu dia ngan beberapa tokoh agama yang lain memang ngetop kat tv 1 forum hal ehwal agama. Se tu dia lom kena gam gajah lagik ngan RTM. Start dia kena gam tulah aku cari semua koleksi ceramah dia kat cd/kaset. Ceramah pertama dia kat tv yg aku ingat sampai skrg, kalau tak silap tajuknya poligami (tu yg nak sangat dengar tu, orang pompuan marah dengar ni). Sekali dengar ustaz ni bercakap aku rasa tertarik sangat dengar dia bercakap penuh dan padat dia punya isi. Lepas tu aku mulalah mengumpul koleksi ceramah ustaz ni pantang jumpa cd ke kaset dia mesti aku beli. Harini rasa puas sangat sebab dapat jumpa 4 mata. Rasa puas dia tu, sama macam dapat tampo nyamuk yang dah setengah jam dok ngiang-ngiang tepi telinga hehe!

Wednesday, February 18, 2009

Ami Si Tanggang



Pendokong watak:

1 - Ami sbg Batu
2 - Ziki sbg mamat yang duduk atas batu
3 - Iman sbg mamat yang buang batu

Friday, February 6, 2009

Teka-teki macam nak terajang!

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah
aje.

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada
‘game’ dia padam

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol
Semut yang matanya BENGKAK

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal……sebab dia pakai tongkat

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan, ikan bakar, mana ada pompuan nama
BAKAR