Saturday, December 29, 2007

Ulangkaji dan Ulang tayang

Aku percaya, ramai yang telah sedar akan perkara ini. Selain menyeru kepada semua, aku juga menyeru kepada diriku sendiri. Selain mengingatkan kepada semua, aku sebenarnya sedang memperkukuhkan ingatan terhadap diriku sendiri...

Dalam surah Al Baqarah, ayat 120 mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :-

UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...

Bila sampai 31 Disember, masih begitu ramai umat Islam yang meraikan tahun baru. Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kitasekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyaallah kita semua akan diberikan hidayahNYa. Apa pun, keterangan di atas dipetik dari kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Saudara Zulkifli Nordin.

Wednesday, December 5, 2007

Kalau aku Otroman...

Dulu...
Aku - Aku rasa, jual burger malam2 pun boleh menambahkan pendapatan, camne ko rase?

Dia - Memanglah, harapkan gaji tiap2 bulan pun manalah cukup...

Aku - Apa kata kite mulakan kecil-kecilan dulu, aku boleh cari tapak!

Dia - Eh, boleh! boleh sangat tu...err tapi ko pandai masak burger?? ko kena gi kursus dulu...

Aku - Ermphh..


Dulu lagi...
Aku - Din, aritu aku nampak ada gerai nak disewakan...

Dia - Kat mana?

Aku - Dekat2 umah kite je...kata owner dia, dia tengah cari penyewa gerai yg boleh masak char kuey teow... kalau berminat, dia boleh ajarkan serba sikit cara2 nak memasaknya, isy aku rasa cam boleh buat jer...

Dia - Boleh tu mmg boleh bro, tapi ko kena pikir...nak buat char kuey teow tu kena ada asas! kurang-kurang ko kena kursus 3 bulan kat penang oi..

Aku - #$%&$#@?!$$#


Baru-baru ni..
Aku ajak Din gi dengar penerangan tentang bidang penternakan kambing boer kat Ijok. Aku bersemangat, nak2 bila mengenangkan tanah kat kampung yang dah lama terbiar tu.

Aku - Aku rasa, aku nak buatlah...ko camne? nak join tak?

Dia - Boleh, tapi modallah!

Aku - Kalau ko nak jadi team, kite kumpul la sikit-sikit...

Dia - Ko pandai ke buat kandang dia?

Aku - Alah...susah2 kita upahlah..

Dia - Ko kena measure lantai dia betul2 bro...

Aku - hah??!

Dia - Tak boleh pakai buat jer...

Aku - Alah, apa ada hal? agak2 lepas jer taik2 kambing tu ke bawah udahler...

Dia - Eh, tak boleh...kalau besar sangat, nanti kaki kambing tu terjerlus ke bawah, bahaye...

Aku - Adehhh...


Tula kata orang, kalau nak seribu daya... Tapi apakan daya, Si Din ni memang kawan aku sejak sekolah lagi huhu...walaupun banyak songeh, tapi dia still okeyla...kot!

Masa tu aku pandang si Din ni tak ubah cam raksasa yang bukan saja kurang hensem, tetapi juga kurang upaya...harapkan tanduk aje bercabang-cabang, ekor besar mcm kapal melibas-libas... tapi ampeh! Hmm...kalaulah aku otroman masa tu...dah lama Din kena fire ngan aku, hiyaahh!!!..

Saturday, November 17, 2007

Tak sampai 24 jam



Entri ni sepatutnya aku masukkan dalam bulan Ramadhan haritu. Tapi entah camne bleh lupa lak. Tetiba, masa aku merayau-rayau kat pasar melampau *baca hypermarket* Tesco yang baru dibuka di kawasan rumah aku baru-baru ni, aku terserempak dengan benda-alah tu lagi....

Seminggu sebelum raya, aku temankan sobat aku ni merayau-rayau kat Low Yat Plaza. Nak cari benda-alah tu. Naik longgar jugak kepala lutut aku ni. Dahler pose... sobat aku ni memang cerewet sket orangnya. Kalau nak dapatkan sesuatu tu, dia tahan 'berpuasa' lama-lama, demi mendapatkan yang terbaik. Petang tu, lepas dah jumpa apa yang dihajati, dan selepas mengeluarkan RM2500.00 dari dana tok rimau dia tu, kami pun usung ler benda-alah tu balik.

Hujan renyai-renyai. Macam bawa cerita sedih. Dengan serba payah aku memayungi benda-alah dia tu supaya tak terkena hujan. Sebelum tu, sempat jugak aku ajak dia ke Starbucks, layan tenet jap. Dia seronok bukan main! dah tak sabar-sabar nak explore, katanya. Malam tu jugak dia nak berangkat balik kampung. Aku tumpang sengih jer. Teringat masa memula aku dapat laptop ni dulu, tapi aku punya komputer riba ni, takler secanggih dia ekekeke...

Malam tu, sedang berbuka puasa dengan wife dan anak-anak aku kat Pizza Hut Subang Parade, tiba-tiba phone berbunyi. Aku tersenyum tengok nombor talipon sobat aku tu.

"Weh, laptop aku lesap!.."

"Hah?!"

"Sungguh ni, laptop aku dah kena kebas!.."

"Ko biar betul..."

"Aku bukan main-mainler...laptop aku tu dah kena curi siot..."

"Bila? kat mana? camne?!.."

"Aku dah sampai PD ni (kampung), aku letak laptop aku kat tempat duduk belakang kete, aku singgah pasar ramadhan jap, balik-balik aku tengok laptop aku dah ilang..."

Tulah kisahnye. Sampai skrg kawan aku tu cam tersampuk. Trauma. Paranoid. Mana taknye, tak sampai 24 jam! Kalaulah aku banyak duit, tentu aku dah belikan yang baru untuk dia, supaya kesan tersampuk dia tu lekas-lekas hilang...

Monday, October 29, 2007

Buah Mencupu

Ah, dah lama sangat aku tak merapu kat sini. Jari-jari pun dah naik lemau :P

Niari aku nak cerita pasal buah Mencupu. Korang tahu buah Mencupu? Mungkin kat setengah-setengah tempat buah tu dikenali dengan nama yang lain.


Bentuk fizikalnya:

- warna oren (mcm pinang masak)
- rasa manis
- kulit amat bergetah
- bentuknya seakan-akan buah manggis, cuma sedikit kecil.

Raya yang lepas, merasa jugak aku makan buah tu kat kampung aku. Tiap kali balik, pokok tu masih tak berbuah. Kali ni aku tak lepaskan peluang langsung. Lepas borak lebih-kurang ngan Pak Tam aku kat rumah, aku pun singsing kaki seluar jean aku, turun ke belukar kat belakang rumah Pak Tam. Hmm...rindu sungguh aku dengan kedamaian rimba di situ.... rindu sungguh aku dengan kemanisan buah Mencupu!

Saturday, October 6, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..

.
.


Duit raye tahun ni. Doa-doa ler rezki aku bertambah tahun depan, boleh aku kasi yang lebih besar dan lebih asli hehehe!

Di sini juga, aku nak ucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' untuk semua rakan-rakan bloger yang sempoi dan baik-baik belaka :) terima kasih sebab sudi jengok blog aku yang entah apa-apa nih ha ha ha! kalau ada terkasar bahasa masa aku post komen kat blog korang selama ni, pon aku minta maafler...kadang2 tu memang tak sengaje :D

Hmm...tiba-tiba rasa sayu lak nak meninggalkan bulan keberkatan dan kemeriahan ni...

Wednesday, September 26, 2007

Daddy, sex tu ape?


Jongos tul daddy dia nih huhu.....

***
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

‘Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?’

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yangbertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak.

Si ayah pun kehairanan.


‘Eh kenapa ni?’


Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.


‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek aja. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang


pada muka depan buku latihan itu tertulis:-



NAME : ............ ......... .......... ....


SCHOOL : ............ ......... ......... ...


CLASS : ............ . ......... ......... ....


SEX :........... ......... ......... .....

Friday, September 21, 2007

Papa jahat!

Kadang-kadang, bukan semua yang bernama 'papa' tu baik. Bukan setakat papa aje yang jahat, kadang-kadang mama pun ade gak yang jahat. Abang, kakak, adik pun jahat gak. Datuk dan nenek pun tak terkecuali. Yang tulis entri ni memanglah tak semesti baik orangnya hehehe... yang membacanya pun, belum tentu lagi hahahaha!

Yelah, kalau yang meragut dan menyamun tu dah ada anak bini, papa jahatlah namanya tu. Kalau mak-mak dah sanggup hempas anak kat dinding, mama jahatlah namanya tu. Abang-abangnya pula, selain merempit gemar juga mengintai bilik tidur artis. Kakak-kakak pun baru ni dah pandai tunjuk belang, bogelkan kawan sekolah, lepastu sebarkan rakaman kat telefon bimbit. Isy, atok-atok toksah citerla. Atok-atok yang kat dalam kabinet pun buat hal, ni kan pulak atok-atok yg di luar kabinet... Pendek kata, ramai sangat orang jahat dalam dunia ni. Bukan semua orang jahat nampak seperti dalam cerita kat tv tu. Ramai jugak orang jahat yang bertopengkan spt orang baik-baik dalam dunia ni.

Masalahnya, macam mana nak kenal? eh, memang susah nak kenal punya. Tau-tau, esok boleh tengok dalam sok kabo, mayat kanak2 yang dijumpai di dalam beg, mayat bayi yang dihanyutkan ke sungai, janin yang dibuang dalam tong sampah. Tak cukup mendera/membunuh sesama manusia, binatang yang tak berdosa pun kadang2 turut menjadi mangsa. Aku teringat kisah dua ekor kucing yang 'dijatuhkan' hukuman gantung oleh sebilangan mat-mat rempit dulu.

Hmm...kalaulah Aduka dan Taruna masih ada, mungkin masalah orang-orang jahat dalam Kampung Semerah Padi ni dapat diselesaikan.... wallaualam.

Takbir! Allahuakbar!

Sunday, September 9, 2007

Malaikat kanan dan kiri

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya; "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.

Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?" Tanya malaikat kiri.

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Kata malaikat kanan.

"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Malaikat yang di kiri bertanya lagi.

"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi." Jawab malaikat kanan.

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam??.."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

P/S - SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA. KESIAN KAWAN AKU TU, BARU-BARU NI DIA DISERANG GASTRIK PULAK...

Thursday, September 6, 2007

Susu tak ikhlas

Isu Program Susu Sekolah sehingga telah 'menyakitkan' beratus-ratus kanak-kanak sekolah di seluruh negara.

Bagi akula, kalau tak bersungguh, baik toksah laksanakan. Elok-elok budak-budak tu sihat dan ceria pergi sekolah, langsung jadi layu tak bermaya, gara-gara sekotak susu yang disedekahkan, tapi ibarat tak ikhlas jer...

Mungkin juga ada faktor penyelewengan/rasuah di mana-mana. Tapi sebaik-baiknya, toksahlah dah terhantuk baru nak terngadah. Budak tu dah terkulai layu, barulah nak periksa suhu bilik penempatan susu kotak tu, barulah nak periksa tarikh luput kat kotak susu tu...

Kesian kanak-kanak yang tak berdosa tu. Silap-silap diorang ni boleh trauma, tak pun fobia tengok susu sampai bila-bila.

Isy... tak rasa bersalah ke, kerana dah menganiaya kanak-kanak ni?

Thursday, August 30, 2007

Detik dua belas

Detik dua belas
Mentari ke tiga ratus enam puluh lima
Keramat 31 Ogos kembali
Kibarkan jalur
Laungkan gemilang
Tanah airku nan terbilang!
Detik dua belas
Malam ke tiga ratus enam puluh lima
Bukti kemerdekaan
Aku laungkan
Bukti kebebasan
Aku pertahankan
Melayuku nan tidak hilang!
Detik dua belas
Jeritan merdekaku bergema
Aku laungkan,
Cukuplah di sukma...
Melayuku,
Demi detik ke dua belas itu..
Kembalilah ke umbi
Usah merdekakan maruah yahudi
Usah kibarkan melayu alpa
Usah dibiarkan nafsu berlela
Saudaraku,
Demi detik ke dua belas itu...
Pulanglah ke pangkal
Usah pamerkan iman sejengkal
Usah terjajah minda dek nafsu
Usah dijual syumul Islammu!
Detik dua belas…
Purnama ke tiga ratus enam puluh lima
Banyaknya maruah tergadai..
Iman tinggallah tersadai..

Friday, August 24, 2007

Ayam panggang gerimis


Semalam, gerimis jer sepanjang hari. Paginya, aku dah breakfast nasi lemak, tengah hari pulak, orang rumah dah masak nasi dengan gulai tempoyak ikan patin. Tapi disebabkan gerimis yang tak berhenti-henti tu, kol 3.30 pm perut aku dah lapar semula.

Aku pun bukak fridge, nampak ayam yang orang rumah aku dah perap dengan pelbagai rempah-ratus. Pekejadahnye dok terperap jer kat dalam tuh? Akhirnya, dari fridge, aku transferkan ayam2 tu ke dalam oven, dan selamatlah ayam yang empat ketul tu, jadi 'snek' minum petang aku ngan anak-anak he he he!

6 petang, bila orang rumah aku balik dari membeli-belah, aku nampak dia relek jer.. cam tak minat nak masak untuk makan malam. Bila dah kol 7 malam, barula dia dengan lemah-gemalainya bukak fridge... apa lagi, terperanjatlah dia bila tengok ayam2nya dah hilang!

Rupanya, ayam tu dia dah standby untuk makan malam. Isy.. isy.. isy... awat tak habaq??

Tuesday, August 21, 2007

Jalan lurus, jalan belok-belok...

"Mereka yang melaburkan wang untuk menonton Ev** Al****** boleh dikira sebagai bersubahat kerana menyokong perkembangan filem berkenaan. Malah jika mereka mengiayakan setiap fakta dalam filem berkenaan secara sengaja atau tidak, secara tidak langsung, mereka tergolong dalam golongan murtad kufur..." kata Mufti Selangor.

Hmm.. menteri kata boleh tayang, tapi mufti kata tak boleh tengok, tepuk dada tanya iman. Apa nak buat, agama cuma rasminya saja :)

Wednesday, August 15, 2007

Kata orang tua..

"Masuk geronggang, bawalah pelita..."

Ertinya:
Kalau hendak melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak
diketahui, hendaklah bertanya kepada yang orang
yang ahli.

- jangan dah terhantuk baru nak terngadah;

- jangan dah terngadah baru nak minta maaf;

- jangan dah minta maaf baru nak menyesal;

- jangan dah menyesal, diulangi lagi..

Lain kali jangan celupar. Kali ni boleh maaf, tapi titik benci makin menghitam buat 'kaum' yang satu ini. 'Negaraku' boleh kau hina, tapi jangan sesekali kau hina agamaku...

p/s: maafler.. aku rasa cam ter-emosi plak! and by the way, 'geronggang' tu maksudnya: lubang yang terhasil dalam tanah atau dalam pokok.

Monday, August 6, 2007

Aduduuuhh...sakitnye jantungku...


Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.

Katanya, pekerja pejabat kini bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.


WAJARKAH MASA MINUM PETANG (ATAU WAKTU MEROKOK BG PEKERJA LELAKI) DI PEJABAT DIPERPANJANGKAN TEMPOHNYA, DEMI MENGELAKKAN BERLAKUNYA SINDROM DVT SPT YG DISEBUTKAN DI ATAS??


Sekian.

Wednesday, August 1, 2007

Kata ibu..

>Jangan makan tokua
>kalau tak tahu siapa pembuatnya
>jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
>kalau makan makanan subahat
>hati hilang sinarnya
>kerana memakan makanan subahat
>hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
>hati akhirnya mati
>kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
>kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
>dosa kita berganda-ganda
>lalu tuhan turunkan bala'..

Itulah, bila ibu berkata rupanya benar-benar belaka. Fikir-fikirkan....

p/s - hangpa tau ka maksud tokua tu? tokua tu tauhu ler..

Wednesday, July 25, 2007

I meant no offensive, but....

" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah " ج
" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "


" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "
" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "
" Jin dengan mambang !? Hahhahhahha ..... "


" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. " ح

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "
" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "


" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "
" Saya, cikgu "
" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "
" Saya kenal cikgu "
" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "خ
" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "
" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "


" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "
" Cikgu ... "
" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "
" Yang mana ? "
" Yang ini ... "
" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "
" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "

" Huruf Khaaa ? "


HAZARD : NONCOMMITTAL BLOG CONTENT


Friday, July 20, 2007

Lelaki harus romantik

SIKAP romantis lelaki terhadap wanita adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia adalah penyubur kasih sayang. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua dan jangan sekali menjadikan usia sebagai alasan untuk tidak lagi bersikap romantis. Sikap romantik lahir dari hati kaya dengan kasih sayang dan ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan serta perbuatan sehari-hari.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan:

-Memberi ciuman mesra kepada pasangan. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat untuk meneruskan kehidupan seharian.

-Mendakap pasangan ketika hendak keluar dari rumah. Ini akan mencetuskan ingatan yang berpanjangan sewaktu pasangan hendak berpisah sama ada untuk keluar bekerja atau urusan lain.

-Selalu mengucapkan perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada pasangan.

-Memanggil pasangan dengan panggilan atau gelaran yang disukai

-Selalu usik-mengusik dan bergurau senda.

-Berjalan beriringan di luar rumah. Setidak-tidaknya jangan berjalan terlalu laju meninggalkan pasangan jauh di belakang.

Petua mengekalkan sifat romantis:

Hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, pasangan anda akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.

Hendaklah menjaga penampilan dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazim diucapkan pasangan bercinta.

Di celah kesibukan dengan kerjaya, hendaklah seseorang itu bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan.

Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata romantik yang penuh kasih sayang.

Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.


AMARAN:
PESANAN INI HANYA UNTUK PASANGAN YANG SUDAH SAH BERNIKAH SAJA. YANG BELUM BERNIKAH, JANGAN SESEKALI MENCUBANYA DI RUMAH. SEKIAN, TERIMA KASIH.

*sebagaimana yg dibaca dlm sebuah majalah.

Tuesday, July 17, 2007

Rejab 1428


Seperti apa yang disampaikan oleh ustazah di sekolah dulu, selain Isra' & Mikraj, perang Tabuk juga berlaku dalam bulan Rejab. Aku dah lupa asal-usul nama 'Tabuk' itu diambil. Tapi yang paling aku ingat, tiada pertempuran pun yang berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri akibat terlalu gerun dengan tentera Islam. Antara ciri-ciri tentera Islam yang digeruni mereka ialah tentang kekuatan 'kita' dan kecekalan 'kita' yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran demi menegakkan Islam tercinta...

Sunday, July 15, 2007

Tak kenal maka tak....


Republik Uzbekistan

Cogan kata negara: tiada info
Bahasa rasmi: Uzbek
Ibunegara :Tashkent (Toshkent)
Presiden :Islam Karimov
Perdana Menteri: Shavkat Mirziyayev
Keluasan :447,400 km²
Jumlah & Kepadatan penduduk (2002):25,563,441 - 57/km²
Kemerdekaan : Tarikh 1 September 1991 drp Soviet Union
Matawang :Uzbekistani som (UKS)
Zon masa :UTC +5
Lagu kebangsaan :tiada info
Domain Internet: .uz
Kod panggilan: 998
JUMLAH GOL MLWN MALAYSIA UTK PIALA ASIA 2007 :
UZBEKISTAN - 5
MALAYSIA - 0

Sekian.

P/S - skrg baru aku betul-betul kenal diorang huhu..

Thursday, July 12, 2007

Makan luar


Aku memang tak suka makan kat luar (begitu juga 'makan-luar' yg satu tu..) Memang sejak kecik aku tak suka makan kat luar. Agaknya sebab dah sinonim dan praktikal sangat dengan masakan bondaku. Kadang2 aku tgk mak aku masak sempoi jer, selamba-kodok jer dia seluk sampai sekerat lengan kat dalam bekas blender nak amik keluar serpihan tempurung kelapa yang 'tersesat' kat dalam tuh (ofkozz la mase blender tu dah tak berputau bro..) Peh, aku tak dpt bayangkan kalau pengusaha2 kedai makan/restoran yang buat camtu. Memanglah 'dijamin' diorang mesti buat punya 'aksi2 ngeri' camtu. Tapi kalau time lapau, aku belasah gak kat luar, pejam mata ler..


Banyak hikmahnya kalau kita jarang/tak suka makan kat luar nih. Satu; boleh jimat duit, dua; kebersihan, tiga; rasa/kualiti. Aku pernah makan kat satu restoran nih. Peh, nama bukan main glamer (sbb selalu keluar iklan kat ERA), tapi bila jamah hidangannya memang frust giler. Rasa tak berbaloi sungguh duit yang aku laburkan tuh walaupun jumlahnya cuma RM80 AJE.


Sekarang aku punya tekak dah bleh ngam ngan masakan isteri pulak. Walaupun still belum boleh beat masakan mak aku (klu dia bace ni, mmg masak..) tapi aku selesa ngan masakan orang rumah aku ni. Alhamdulillah, anak-anak aku pun camtu. Bagus kalau anak-anak dapat nikmati masakan air tangan ibunya sendiri. Kata ustaz Fadzilah Kamsah, kalau nak bagi anak dengar kate/patuh, jangan selalu diberikan makanan luar untuk diorang. Err.. so far aku blom lagi ler nampak isteri aku tu buat 'aksi' yang macam mak aku buat tuh. Hmm.. agaknya tu pasal ler masakan dia masih belum boleh beat masakan mak aku kot....

Tuesday, July 10, 2007

R.A.N.T.A.I.

Kau ingin aku tunduk
Segala kemahuanmu
Kau cengkam
Dengan mata wajahmu

Rantai ini hapuskanlah
Tak bisa ku tahan lagi
Rantai ini leburkanlah
Tak ingin ku jadi abdi

Tak mungkin lagi kita
Menerima penaklukkan
Bebas Mandela bebas
Bebas bumi Palestin

Rantai ini hapuskanlah
Lambat laun kan meledak
Rantai ini leburkanlah
Tak mahu ku diperbudak

Bebaskan
Dunia ini satu
Bukan dua pun tiga
Bebaskan dari rantai
Capatalist Metarialisme

Musibah rantai ini hapuskanlah
Tak bisa ku tahan lagi
Celaka rantai ini leburkanlah
Tak ingin menjadi abdi


layan video klip kat sini.

Friday, July 6, 2007

Kepala tengah merengg

Kalau aku jadi dia
aku tak tayang
kepala botakku di khalayak
sebab aku botak untuk filem
aku botak kerana seni
aku botak untuk pengarah
aku botak untuk skrip
jadi aku harus
pakai wig jumpa wartawan
pakai kelumbung di pesta
pakai topi kat sesi foto
pakai kepala HOTAK jawap kontro


Kalau aku jadi dia
aku malu ngan bini Amy
sejak dah glamer balik ni
aku lupa pakai tudung
sejak jadi pengkritik af5
aku lupa rasa sakit dikritik
sejak nynyi ngan rappers
aku lupa nyanyi nasyid!
pakai tu, memang pakai...
tapi makin lama makin kecik
makin lama makin tipis
makin lama makin dikit
makin lama makin dekut
tinggal scarf je..
isyy..pakai gak tu!
akaq tak kesahle dek non!
akaqqq jugak...

kalau aku jadi dia
aku malu ngan amy
dia lagi rocker
lagi berantu
lagi berkutu!
tak pulak main najis
tak pulak masuk pusat
tak pulak holiday kat Pengasih!
memang malu..
tapi tak kesahle
peminat sekarang dah bijak
peminat suka artis cam aku ni
tak hipokrit..
terus-terang..
lepas keluar pusat
mesti diorang terima aku lagi!
aku tak kesah camni...

Kalau aku jadi dia
aku malu nak terkinja-kinja
aku malu nak pakai singkat
aku malu nak pakai ketat
aku malu nak tayang pusat
aku tak buat
kalau aku lepas cerai
aku tak buat
kalau aku ngaku ada anak
aku tak buat
kalau aku tuduh dia playboy
tapi aku tak kesah
tu semua asam garamku
jadi artis kena kontroversissss
kalau tak, bukan artissss

Monday, July 2, 2007

rase cam lawok, ape ko rase...

sempoi ar..

Boghuk - Ujang

Do Not Complain!!




- We have so much better life than them, alhamdulillah...

Sunday, July 1, 2007

Sunday, June 24, 2007

Can you read this?

Only great minds can read this. This is weird, but interesting!
.
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can. I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.
.
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was so ipmorantt! now i shulod cnofornt those bssoes woh alwyas lkie to finid our mstiakes on slpeling.

Untuk Abah..

Abah,
Mendengar utusmu
Kalbuku riuh berantakan
Namun seorang aku
Masih mengukir senyum
Itu pesan ibu
Itu juga pesanmu dulu
Abah,
Kau tak perlu mendengar
Bait patahku yang onar
Kerana seorang aku
Masih di landasanNya
Itu pesan pendeta
Itu juga pesanmu abah.
Namun itu dulu…
Itu hanya suatu ketika dulu…
Abah,
Kini lagu kita tak seirama
Seringnya kini
Kita dipukul rentak yang berbeza..
Bisakah kau melihat abah?
Rentak kakiku yang songsang,
Bisakah kau mendengar abah?
Lagu hatiku yang sumbang?
Bisakah kau mengerti abah?
Kata jiwaku yang melarang?
Bisakah abah??..
Abah,
Usahlah khuatir
Tarian kita tetap senada
Meskipun rentak kita berlaga
Udara kita tetap sehawa
Meskipun bicara kita tak sehala
Ampunkan ku abah
Kerana hari besarmu
Selepas ibu
Tanpa seri di wajahku
Adil bukan?
Kerana hari besarmu
Bersama ibuku dulu
Juga tanpa kehadiranku
Apatah lagi seri di wajahku!…

Friday, June 22, 2007

Lawak ujangg...

Lawak semata mata , tak niat den nak menghina, tapi apo nak buek dahlawak ni loghat nogogri,jgn marah, ujang tu pun orang nogogri.
.
Pada suatu petang sepasang teruna dan dara duduk di bawah sepohon pokok sambil menikmati suasana indah di tepi pantai port dickson.
.
Dara : Abang sayang tak kek den..??
.
Teruna : Dah tontulah sayang..apo hal eh pulak tanyo nih..?
.
Dara : Sajo, yo...abangggg. .eden ado satu toka toki nih..??
.
Teruna : Apo bondo eh ??
.
Dara : Kalau abang sayang kek eden..kono jawab dongan botul tau²....
.
Teruna : Abang cubolah.. camano tuh..
.
Dara : Kalau abang botul² pandai..cubo sobutkan bezo eh antaroburung dan kapa torobang ?.
.
Teruna : umangg aiiii...Sonang eh....burung bondo idup, kapatorobang tidak..botul tak ?
.
Dara : Salah... cubo laei..
.
Teruna : Burung kocik dan kapa torobang bosa gilo.......
.
Dara : Salahhhhhhhhhh. . cubo laei..ni poluang terakhir tau
.
Teruna : Burung ringan...kapa torobang boghek gilo....
.
Dara : somuo eh salah...!! apo la punyo lombab.. hahahahah.
.
Teruna : Apo nih..somuo eh salah..apo jawapan ehh..??
.
Dara : Dongar botul² yo..Kapa Torobang bilo naik..makin lamo makin kocikk... 'BURUNG' lak makin naik makin memBOSARRRRRRRRRRRR .....hwah..hwah.. hwah..tak gitu....
.
huhuhu...peace...
.

KFC lagi...

Salam!.Kiriman e-mail dari seorang kawan, aku tolong lanjut-lanjutkan jer......Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat.
.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:
.
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak..Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
.
Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit..Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam. Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:
.
a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh.
.
b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik
.
c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat. Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.
.
Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC Insyallah dan wallahualam. Ini pula cerita pengalaman seorang hamba Allah. Recently seorang hamba Allah di kampung aku (penulis email nih) dapat offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia..Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC.
.
Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan. Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?. Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif. Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri. Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC. Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.
.
Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis.. " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan..**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,
" setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka "
.
MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
.
Wassalam..

sharing is caring!

WAKTU YG DIHARAMKAN BERSOLAT
.
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketikamatahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
.
2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm.
.
Wallahualam.... Sudahkah anda menunaikan SOLAT?
.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
.

Buang anak...


Isy...isy..isy.... sampai 3 skali lak tuh!
tergamagak betul diorang nih buang anak sesuka hati ek? anak-anak sapela nih.....

Pilu

KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu. Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.
.
Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang. ‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi. ‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.
.
Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini. Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.
.
Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman. Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu. ‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.
.
Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad. Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.
.
Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.‘‘Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.
.
Takziah.gambar2 boleh dilihat di sini.
.

Assalamualaikum

Aku bukanlah ilmuan. Bukan juga cendiakawan. Ulama lagilah bukan. Tapi aku sokong hudud. Aku boleh terima hudud. Aku fahamlah sikit-sikit pasal hudud nih. Sikit jer. Sikit sangat. Yang aku tahu tentang kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ni ialah:
.
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara..
.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.
.
Terima kasih untuk info.
.