Saturday, November 17, 2007

Tak sampai 24 jam



Entri ni sepatutnya aku masukkan dalam bulan Ramadhan haritu. Tapi entah camne bleh lupa lak. Tetiba, masa aku merayau-rayau kat pasar melampau *baca hypermarket* Tesco yang baru dibuka di kawasan rumah aku baru-baru ni, aku terserempak dengan benda-alah tu lagi....

Seminggu sebelum raya, aku temankan sobat aku ni merayau-rayau kat Low Yat Plaza. Nak cari benda-alah tu. Naik longgar jugak kepala lutut aku ni. Dahler pose... sobat aku ni memang cerewet sket orangnya. Kalau nak dapatkan sesuatu tu, dia tahan 'berpuasa' lama-lama, demi mendapatkan yang terbaik. Petang tu, lepas dah jumpa apa yang dihajati, dan selepas mengeluarkan RM2500.00 dari dana tok rimau dia tu, kami pun usung ler benda-alah tu balik.

Hujan renyai-renyai. Macam bawa cerita sedih. Dengan serba payah aku memayungi benda-alah dia tu supaya tak terkena hujan. Sebelum tu, sempat jugak aku ajak dia ke Starbucks, layan tenet jap. Dia seronok bukan main! dah tak sabar-sabar nak explore, katanya. Malam tu jugak dia nak berangkat balik kampung. Aku tumpang sengih jer. Teringat masa memula aku dapat laptop ni dulu, tapi aku punya komputer riba ni, takler secanggih dia ekekeke...

Malam tu, sedang berbuka puasa dengan wife dan anak-anak aku kat Pizza Hut Subang Parade, tiba-tiba phone berbunyi. Aku tersenyum tengok nombor talipon sobat aku tu.

"Weh, laptop aku lesap!.."

"Hah?!"

"Sungguh ni, laptop aku dah kena kebas!.."

"Ko biar betul..."

"Aku bukan main-mainler...laptop aku tu dah kena curi siot..."

"Bila? kat mana? camne?!.."

"Aku dah sampai PD ni (kampung), aku letak laptop aku kat tempat duduk belakang kete, aku singgah pasar ramadhan jap, balik-balik aku tengok laptop aku dah ilang..."

Tulah kisahnye. Sampai skrg kawan aku tu cam tersampuk. Trauma. Paranoid. Mana taknye, tak sampai 24 jam! Kalaulah aku banyak duit, tentu aku dah belikan yang baru untuk dia, supaya kesan tersampuk dia tu lekas-lekas hilang...

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Isk! Kalau aku menangis seminggu tu. Banyak data dalam notebook aku.

KAMATO said...

jangan la bior komputer sorang dalam kereta, kecuali memang kaya

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Alamak... kantoi. Siannya... tak sempat guna. Kalau OD pun trauma. Sabar sabar. OD kan, benda-benda murah seperti dvd tu pun OD sorok bawah sayur ke bawah kusyen ke, bila tinggalkan dalam kereta. Takut lerrr... inikan pulak laptop... sabar sabar. Semoga nanti dia diberikan rezeki yang lebih bagus.

Mak Su said...

alamak.... bahaya tu....

akirasuri said...

Huish..
Kalau saya mesti menangis..
Uwaaa.. Sian gila..

cikdinz said...

aduh...hari betul...
takpe, ada hikmah nya tu...

13may said...

aduhhh....

zino said...

kesian nya dia..

tapi pulak sampai sekarang zino berhajat nak beli laptop tak kesampaian lagi..

Ghazali B Abd Aziz said...

Mmmmm ...

Tak ada rezeki dia .... kesian sangat .... sampai hati orang yang curi/kebas tuh ....

Apa apa pun ... semuga dia tabah menghadapi segala ujian ....

Iza'Izz said...

Kesiannyaaa.....
semoga dpt laptop yg lagi canggih...

butaseni said...

aduh,tention aku baca entry ni.sekarang ni pencuri dah canggih bro.diorang ada device untuk mengesan lap top walaupun di dalam bonet krete.
ish tention tu

Nunn said...

blackpurple
seminggu cukup ke nangis tu?

kamato
ngaaa!

od
wa punye kawan tu dah phobia...

maksu
sgt berbahaya...

akirasuri
lu kira sama cam wak purple tu la :D

cikdinz
malang tak berbau...

Nunn said...

13may
sakit...

zino
klu hajat dah kesampaian, jgn tinggalkan ia dlm kete ek?

bro ghaz
rezeki pencilok tu la... dia skrg dah ok sket :)

iza
moga-moga :D

butaseni
pasal alat pengesan tu, aku pun ada dengar...