Saturday, November 17, 2007

Tak sampai 24 jam



Entri ni sepatutnya aku masukkan dalam bulan Ramadhan haritu. Tapi entah camne bleh lupa lak. Tetiba, masa aku merayau-rayau kat pasar melampau *baca hypermarket* Tesco yang baru dibuka di kawasan rumah aku baru-baru ni, aku terserempak dengan benda-alah tu lagi....

Seminggu sebelum raya, aku temankan sobat aku ni merayau-rayau kat Low Yat Plaza. Nak cari benda-alah tu. Naik longgar jugak kepala lutut aku ni. Dahler pose... sobat aku ni memang cerewet sket orangnya. Kalau nak dapatkan sesuatu tu, dia tahan 'berpuasa' lama-lama, demi mendapatkan yang terbaik. Petang tu, lepas dah jumpa apa yang dihajati, dan selepas mengeluarkan RM2500.00 dari dana tok rimau dia tu, kami pun usung ler benda-alah tu balik.

Hujan renyai-renyai. Macam bawa cerita sedih. Dengan serba payah aku memayungi benda-alah dia tu supaya tak terkena hujan. Sebelum tu, sempat jugak aku ajak dia ke Starbucks, layan tenet jap. Dia seronok bukan main! dah tak sabar-sabar nak explore, katanya. Malam tu jugak dia nak berangkat balik kampung. Aku tumpang sengih jer. Teringat masa memula aku dapat laptop ni dulu, tapi aku punya komputer riba ni, takler secanggih dia ekekeke...

Malam tu, sedang berbuka puasa dengan wife dan anak-anak aku kat Pizza Hut Subang Parade, tiba-tiba phone berbunyi. Aku tersenyum tengok nombor talipon sobat aku tu.

"Weh, laptop aku lesap!.."

"Hah?!"

"Sungguh ni, laptop aku dah kena kebas!.."

"Ko biar betul..."

"Aku bukan main-mainler...laptop aku tu dah kena curi siot..."

"Bila? kat mana? camne?!.."

"Aku dah sampai PD ni (kampung), aku letak laptop aku kat tempat duduk belakang kete, aku singgah pasar ramadhan jap, balik-balik aku tengok laptop aku dah ilang..."

Tulah kisahnye. Sampai skrg kawan aku tu cam tersampuk. Trauma. Paranoid. Mana taknye, tak sampai 24 jam! Kalaulah aku banyak duit, tentu aku dah belikan yang baru untuk dia, supaya kesan tersampuk dia tu lekas-lekas hilang...