Thursday, August 30, 2007

Detik dua belas

Detik dua belas
Mentari ke tiga ratus enam puluh lima
Keramat 31 Ogos kembali
Kibarkan jalur
Laungkan gemilang
Tanah airku nan terbilang!
Detik dua belas
Malam ke tiga ratus enam puluh lima
Bukti kemerdekaan
Aku laungkan
Bukti kebebasan
Aku pertahankan
Melayuku nan tidak hilang!
Detik dua belas
Jeritan merdekaku bergema
Aku laungkan,
Cukuplah di sukma...
Melayuku,
Demi detik ke dua belas itu..
Kembalilah ke umbi
Usah merdekakan maruah yahudi
Usah kibarkan melayu alpa
Usah dibiarkan nafsu berlela
Saudaraku,
Demi detik ke dua belas itu...
Pulanglah ke pangkal
Usah pamerkan iman sejengkal
Usah terjajah minda dek nafsu
Usah dijual syumul Islammu!
Detik dua belas…
Purnama ke tiga ratus enam puluh lima
Banyaknya maruah tergadai..
Iman tinggallah tersadai..

7 comments:

Iza'Izz said...

Jangan biarkan jasad merdeka, tapi jiwa terpenjara..
Selamat hari merdeka.. :)

Butaseni@Wan Raja said...

salam merdeka.
pada detik tu aku yang tak hidup zaman tu pun rasa macam nak mengalir air mata,serious.tp ia dicacatkan oleh ucapan PM yang tidak begitu bersemangat.topik yang dia cakap tu dah best dah tapi cara dia cakap ...aduh...
kalau DrM lah yang cakap malam tu....fuh...

- G O R O - said...

Jiwa sudah rasa merdeka, tapi akal masih dijajah

Mak Su said...

jangan kita malukan diri kita

blackpurple @ jowopinter said...

Selepas jam 12 tengahmalam. Berpeluh Alam Flora bersihkan kawasan.. Isk!

Itulah. Merdeka konon...Huh!

13may said...

very meaningful :)

Nunn said...

Iza izz
Slmt hari merdeka!

butaseni
menghayati pengorbanan pemimpin2 dulu memang sungguh tragis...

goro
itu yg patutnya dimerdekakan sekarang, negara dah 50 thn merdeka dah...

mak su
tapi itu yang sering dicari2 remaja zaman kini..

blackpurple
hehehe...demi negara yg terchenta!

13 may
well...