Sunday, June 24, 2007

Untuk Abah..

Abah,
Mendengar utusmu
Kalbuku riuh berantakan
Namun seorang aku
Masih mengukir senyum
Itu pesan ibu
Itu juga pesanmu dulu
Abah,
Kau tak perlu mendengar
Bait patahku yang onar
Kerana seorang aku
Masih di landasanNya
Itu pesan pendeta
Itu juga pesanmu abah.
Namun itu dulu…
Itu hanya suatu ketika dulu…
Abah,
Kini lagu kita tak seirama
Seringnya kini
Kita dipukul rentak yang berbeza..
Bisakah kau melihat abah?
Rentak kakiku yang songsang,
Bisakah kau mendengar abah?
Lagu hatiku yang sumbang?
Bisakah kau mengerti abah?
Kata jiwaku yang melarang?
Bisakah abah??..
Abah,
Usahlah khuatir
Tarian kita tetap senada
Meskipun rentak kita berlaga
Udara kita tetap sehawa
Meskipun bicara kita tak sehala
Ampunkan ku abah
Kerana hari besarmu
Selepas ibu
Tanpa seri di wajahku
Adil bukan?
Kerana hari besarmu
Bersama ibuku dulu
Juga tanpa kehadiranku
Apatah lagi seri di wajahku!…

No comments: