Sunday, September 9, 2007

Malaikat kanan dan kiri

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya; "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.

Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?" Tanya malaikat kiri.

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Kata malaikat kanan.

"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Malaikat yang di kiri bertanya lagi.

"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala
lagi." Jawab malaikat kanan.

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam??.."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

P/S - SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA. KESIAN KAWAN AKU TU, BARU-BARU NI DIA DISERANG GASTRIK PULAK...

16 comments:

- G O R O - said...

Alalh itu kan Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.

Tapi manusia selalu kufur atas nikmat yang diberi.

ISlam itu tidak menyusahkan orang yang berpegan padanya.

blackpurple @ jowopinter said...

Ahlan wa sahlan ya Ramadan...

Selamat menjalani ibadah puasa. Selamt bertarawikh...

13may said...

Selamat berpuasa :)

Mak Su said...

selamat menjalani ibadah puasa

gayour said...

selamat menyambut, menjalani dan meraikan ramadhan yang mulai semahunya. moga berbahagia.

butaseni said...

hehehe mula dari khamis ni setan setan semua out station hehe

jinggo said...

setan-setan out station.....
tapi....
hantu-hantu ada banyak....
hihihihiiiii.........
salam ramadhan dari jinggo....

Serunai Faqir aka SF said...

Kau puasa tak hari ni? akekekeke

Rush Murad said...

salam..... selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh barakah ni. kejap dah masuk hari ke-2 puasa ek?....

Nunn said...

goro
betul tu, Islam is the way of life!

blackpurple
selamat utk bro jugak, marhaban ya Ramadhan!

13may
selamat berpuasa bro!

maksu
selamat berpuasa juga utk maksu!

gayour
byk barakahnya di bulan yg mulia ini, sama2 kita rebut.

butaseni
yg tinggal cuma nafsu bro :D

jinggo
hehehe...salam Ramadhan!

serunaifaqir
uii, pose bro! tak pose takleh raye LOL

rush
yelah, sekejap je dah hari ke2...

artisticklytouch said...

Selamat Berpuasa dan beribadah...

zalisa maz said...

Salam saudara, mengapa tak sertakan sekali daripada mana saudara memperolehi maklumat ini? Tentu lebih menarik :)

Blog saudara menarik, saya link insyaAllah.

Selamat berpuasa untuk saudara sekeluarga.

ketualanun said...

test 1.2.3.

ketualanun said...

kalau di tatapi kembali cerita malaikat tu. agak siapa sebenarnya syaitan? ntah la.. tok pun tak tahu..

CresceNet said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If he will be possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll I thankful, bye friend).

butaseni said...

aku baca entry ni aku teringat mak aku.dulu masa aku kecik2 dia selalu cerita pasl ni.mmg selalu.
tq bro