Saturday, December 29, 2007

Ulangkaji dan Ulang tayang

Aku percaya, ramai yang telah sedar akan perkara ini. Selain menyeru kepada semua, aku juga menyeru kepada diriku sendiri. Selain mengingatkan kepada semua, aku sebenarnya sedang memperkukuhkan ingatan terhadap diriku sendiri...

Dalam surah Al Baqarah, ayat 120 mafhumnya :-

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yg memberi)pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau
akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi, lebih kurang :-

UmatKu dilalaikan tanpa disedari seperti semut hitam diatas batu hitam dimalam yang gelap. Siang ia Islam, malam ia kufur; dan siang ia kufur, malam ia Islam. Yahudi & Nasarah yang tidak redha akan Islam kita akan menggunakan apa saja cara untuk menyesatkan kita. Sekarang mereka menggunakan cara yang begitu halus sampai kita sendiri tidak sedar yang
kita telah mengikuti mereka. Tengok saja disekeliling kita ...

Bila sampai 31 Disember, masih begitu ramai umat Islam yang meraikan tahun baru. Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kitasekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD. Nauzubillah.

Wallahualam. Dapatlah kiranya dipanjangkan, Insyaallah kita semua akan diberikan hidayahNYa. Apa pun, keterangan di atas dipetik dari kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Saudara Zulkifli Nordin.

10 comments:

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Salam Nunn...
Terima kasih kerana mengingatkan. Biasalah... semakin lama kita ni semakin mengikut dia orang, kan? Tu la dia orang tu pandai, pelan-pelan ajak kita. Bukan cam orang kita ni, semuanya nak cepat. Selamat tahun baru, semoga lebih sukses dan bahagia. Amin.

zino said...

satu ingatan kepada semua.. tapi masih ramai yg buat2 tak tau..

Mak Su said...

tq mengingatkan, saya tak pernah celebrate new year new year ni. tapi mcm dah trend plaks wishing wishing kan... hhmmmmm

blackpurple @ jowopinter said...

Salam nunn.

Bukankah imam besar Islam yang ada Had dan ada Hari itu yang rasmikan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam hari itu?

butaseni said...

tq entry ni :)

cikdinz said...

ramai yg dah tau tapi buat-buat lupa atau tak tau...

renungkan lah.....

gayour said...

selamat tahun baru 1429 HIJRAH. moga betambah IMAN, berbahagia dan berjaya di dunia akhirat wahai sobat!

Anonymous said...

heheheh aku tak sambut ...cuma main gendang je mlm tu, janji masyukkkk hehhee

sf

Nunn said...

od
u're welkam :D

zino
melayu mudah lupa..

maksu
la ni kite tukar trend nak? kita wish masa awal muharam lak :D

blackpurple
salam bro! apa nak buat, teman hidupnya skrg 'jin' :D

butaseni
welkam :)

Nunn said...

cikdinz
berentila jadi melayu mudah lupa..

gayour
selamat bro!

sf
itu malam rezki namanya bro!