Monday, March 10, 2008

Harakiri?

Oh, kita tidaklah sampai ke tahap itu kot? itu cuma amalan orang-orang Jepun yang merasakan diri mereka sudah tidak berguna lagi dan mati adalah jalan sebaik-baiknya. Aku percaya, sebagai Pak Imam Hadhari, tentu Pak Lah takkan ambil jalan sesat seperti itu. Kalau ada pun yang relevan, mungkin letak jawatan atau undur diri secara lelaki budiman adalah jalan terbaik sebagaimana contoh yang diperlihatkan oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Aku betul-betul respek kat dia (Tan Sri Dr Koh Tsu Koon). Dia masih mampu berjabat tangan dengan Lim Guan Eng, tersenyum mesra ke arah jurugambar dan masih mampu menjawap soalan-soalan dari para pemberita dengan ramah. Malah beliau sendiri yang mengumumkan untuk menyerahkan kuasa kepada ketua menteri Pulau Pinang yang baru itu secara rasmi pada hari selasa ini.

Dan pemimpin-pemimpin melayu UMNO kita? Di saat rakyat sudah tak tertanggung 'rindu' menatap wajah terakhir mereka di media arus perdana ini, mereka terus menyepikan diri. Kelibat mereka hilang resap entah di mana. Berkirim salam melalui telefon bimbit pun sudah tidak sudi lagi. Tiba-tiba diorang rasa 'lelah' sangat bekerja, dan ingin bercuti atau melancong ke luar negera saja.

Apa pun, aku sebak jugaklah saat melihat wajah Pak Lah yang sugul semasa menghadiri sesi temuramah dengan pemberita di PWTC pada lewat dinihari malam 8.3.8 yang penuh keramat itu. Aku ni, walaupun laNunn, tapi masih lanun yang berperasaan lagilah kiranya kahkahkahkah! Wajahnya aku lihat tak ubah seperti wajah seorang tua yang innocent, sedang terkapar-kapar tak berdaya, menerima musibah akibat diperkotak-katikkan oleh anak-menantu sendiri. Wajah 'Kak Jeanne' juga turut sugul di sebelahnya (yelah, mungkin ilham tarikh pilihanraya itu juga adalah buah fikiran beliau...agaknyelah...! tu halibulan manyiak ong wooo..)

Alahai...

5 comments:

zino said...

hidup ni macam roda ada masa di atas ada masa di bawah.. beringat lah selalu..

Masy said...

bak kata jeanne - undi adalah rahsia.

ke dia undi PAS? opssss hahahah

aNIe said...

No. Ong yang dah tak ong lagik...heheheh...

Macam zino kata...kita hidup umpama roda...takkan sentiasa berada di atas...

Nunn said...

zino
tau pintu masuk, mesti tau jugak pintu keluar kan?

masy
a'ah...makan tuan :D

kak lady
roda BN sentiasa berada di atas... kot...

artisticklytouch said...

mereka buka lesap tapi sedang meroyan..