Monday, August 6, 2007

Aduduuuhh...sakitnye jantungku...


Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja mereka untuk jangka waktu lama.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam sehari.

“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.

Katanya, pekerja pejabat kini bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma mengambil sandwic sambil melayan emel.

“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di Britain setiap tahun.


WAJARKAH MASA MINUM PETANG (ATAU WAKTU MEROKOK BG PEKERJA LELAKI) DI PEJABAT DIPERPANJANGKAN TEMPOHNYA, DEMI MENGELAKKAN BERLAKUNYA SINDROM DVT SPT YG DISEBUTKAN DI ATAS??


Sekian.

8 comments:

artisticklytouch said...

pekerja pejabat juga suka bloghopping sebab tu duduk depan komputer berjam-jam sambil tersengih he he

- G O R O - said...

erm..bagus jugak mengulor nie...

Mak Su said...

satu, dua, angkat tangan.. tinggi skit.. lapan, lapan lagi. (mak su sedang bersenam robik)

Iza'Izz said...

mana tak sakitnya, mkn minum sumer depan komputer.... same ler mcm sis nie.. ooppss nak ronda2 kawasan jap... excersies.... :D

blackpurple @ jowopinter said...

Bagus info yang kamu bagi itu.

Bagus juga ilustrasi hiasannya.

Ha ha!

13may said...

wajar!

Butaseni@Wan Raja said...

eh wajar wajar,merehatkan minda sambil ambik oxigen(asap) tu penting untuk produktiviti hehehe

Nunn said...

artisticklytouch
a'ah, cam tekena batang idung aku gak ekekeke..

goro
sesekali apa salahnya :D

maksu
senam, jangan tak senam! lapan lagi..

Iza izz
makan minum depan pc, konon busy sesangat, rupanya ngulor...

blackpurple
beruks tu memang fotogenik ekekeke..

13may
yup! sewajarnya...

butaseni
uih, asap tu yg akan memberikan lebih produktiviti ha ha ha!