Friday, February 6, 2009

Teka-teki macam nak terajang!

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
MILO AIS

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkatsebelah
aje.

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada
‘game’ dia padam

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol
Semut yang matanya BENGKAK

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
Motorsikal……sebab dia pakai tongkat

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
Kambing binATANG

8) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan, ikan bakar, mana ada pompuan nama
BAKAR

Friday, December 5, 2008

Aku anak Pak N, ko anak sape???



Ha, ngkorang jgn terkejut, ni gambo jaman style rock kapak @ rock kangkang bro! uii...antik gambo ni, aku simpan sampai skrg. Dedolu, aku ngn member2 kannyer panggil nama kitowang, tapi panggil nama BAPAKK kitowang. Macam macam nama la keluar. Sekarang aku banyak lost ccontact ngan mangkok mangkok ni semua.

Kekadang aku pergi PD - Seremban lepak ar tempat2 yg mana aku pernah gi dulu. Mana lah tau kot kot jumpa ngan mangkok mangkok ni semua . Tapi nampaknye tak de rezeki kot.

Sekarang semua dah berubah, masing masing ada tanggung jawab. Macam aku jugak la dah ada anak bini (siapa tak sayang family beb). Tu la kekadang teringat zaman sekolah tu gelak sorang sorang jugak. Nak dijadikan cerita lebih kurang 3-4 tahun lepas ada la jumpa ngan mangkok sorang ni, masa tengah makan kat satu tempat tu mangkok ni duduk depan aku. Masa nak order makan tu aku perasan mamat ni dok teleng-teleng kat aku, tapi aku wat derk je. Pastu dia senyum, aku pon senyum le balik kat dia, nanti orang kata sombong lak! Tetiba dia cam tak puas ati jek bila aku tak tegur dia, terus dia approach aku...

dia : oi mat kau ni anak Pak N...(dia panggil nama bapak aku)

aku : aku cakap balik a'ah kenapa?

dia : oi kau ingat tak kat PD

aku : Kau ni pon anak Pak N kan?!....(kebetulan nama bapak dia sama macam aku)

dia : woi sudah la oii! aku tetonggok depan mata pun tak kenal

aku : laa..ko rupenye! dulu rambut hitam, skrg dah putih siot!

Semenjak dari tu, hubungan aku yang terputus ngan anak pak n ni kirenye bertaut kembali la, sampai sekarang . Pastu, rezeki aku lagi nak jumpa dengan mamat sorang ni plak. Weh, tak sangka dia ni skrg artis ahak! ahak! Bob Ku 2, dia pun penah jadi kawan skolah aku dulu. Aku jumpa dia masa dia tengah minum cendol, nasib baik mamat ni tak sombong . Aku kalau sombong susah sikit le nak tegur . Nama sebenar dia kannyer Bob, tapi H. So aku selambe jek panggil dia H, tak biase la panggil nama2 glamer ni kih kih kih! Dua tiga minggu lepas, Bob ni kasi aku no phone member yg sorang lagi lak. Aku pun apa lagi call la no phone tu .

aku : assalamualaikum?

dia : waalaikum salam oii anak N....(nama bapak aku lagi)

aku : oi anak Pak Akob!

Pastu borak la cerita lepas bla bla bla...sampai hari ni aku simpan no phone mangkok mangkok ni . Tapi sekarang member semua dah ada family macam aku jugak .......he he he.....aku harap dapat la jumpa member yang lain pulak. Kalau ada sesape tau pasal gambar kat atas tu, diharap boleh contact aku k!

Thursday, November 13, 2008

Handphone Taiwan Cokia

Cerita ni masa kumpul ramai ramai kat rumah mak aku.Bila dah berkumpul ramai ramai tu macam macam cerita la keluar.Aku pun macam biasa je le lepak sambil cerita kosong tup tup anak aku bagi aku phone handsfree (mmg aku tertinggal masa balik beraya kat umah org tua aku aritu...) handsfree tu rosak sikit, speakernya pecah sebab ada orang tak perasan dan terpijak menda alah tu. Aku pun cuba utk mengaktifkannya balik sambil keluarkan phone aku dan onkan bluetooth kat handfree tu. Masa tu la ada yg nampak phone aku ni,lebih kurang cam ni la diorang cakap...

Orang1 : ko pakai phone apa skang?

Aku : Ala phone biasa jek

Orang1 : bak sini tengok..

Aku : ala biasa je(sebenarnya aku malas dah nak kecoh pasal phone ni, tiap2 ari ade je model2 baru kat pasaran, lagipun dah dekat setahun dah aku tukar phone ni)

Orang2 : meh la sini tengok

Aku pun kasiler...

Orang1: erk...brand apa ni ekk?? (sambil merujuk tulisan HTC kat situ dgn muka pelik dan maha ajaib...)

Orang2: HTC??? brand ape tu ek? (dengan muka lebih pelik!)

Aku : HTC... Handphone Taiwan Cokia la kot...

orang 1 ngan 2...gelak kat aku hehe haha huhu

aku...aku pun gelak jugak le nak buat cam mane dah rezeki aku, ni la rupe nye Handphone Taiwan Cokia aku


Thursday, October 16, 2008

RABAKS$$$

Selamat Hari Raya bro. Camne raya kat tempat korang? kat mana2 pon raya tetap meriah ek? kalau ada sesaper yang rasa raya dia tak meriah tu, tandanya poser tak cukup ar tuh! ekekeke...

Raya taun ni aku dokali rabak bro! Balik je dari umah orang tua aku, raya ke3 tu... tetiba motor aku takleh start. Puas aku terajang, tak berdecit pon... Eh, ngade-ngader la pulak! check2...fuel pump dia tak function. Rabak poket aku RM170 :s

Kemarin, keter lak wat hal! asal aku on aircond jek, dia bebunyi. Bunyi dia lebih kurang canggini ar witt..wittt...wiwiwitttt!! tak lain nak 'duwit' jugakla tu! tanya2 foreman, dia kata compresser aircond aku problem. Rabak lagi poket aku yang sebelah lagi, RM480 tuuuu....hadehh!

compresser aircond yg rosak
compresser aircond baru

Friday, September 12, 2008

cerita merapu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia
tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Thursday, July 31, 2008

Monday, April 14, 2008

BMW ku...

Aku seorang lelaki yang berusia lewat 50an
dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar
di KL...

Suatu hari tu... aku memanggil sekretariku masuk ke ofis...

"Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client..."
Aku mula la cakap dia punya mukadimahnya...

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap..
aku pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing
meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...
si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu garage
boss terbuka...

Aku : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan aku
pun call rumah tanya wife...

Aku : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...
pintu dia terbuka la...

Wife : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Aku: Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Wife : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Aku : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam
mana orang boleh nampak?????

Wife : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa aku tengah
relek-relek... baru aku perasan yang zip seluar aku
terbuka...(dah memang perangai aku tak suka pakai
underware...) maka nampaklah... mengelabahlah aku
memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri
aku tu... dan petang yang sama juga...

Aku: Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua
Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!..